tahniahMISI06

Tuesday, July 04, 2006

tahniah & syabas!!

Salam,
Tahniah dan syabas kepada semua perantis, tenaga pengajar dan penganjur. Menarik jika diketahui apa pula pandangan perantis.

Oh ya...kenapa tidak dimasukkan SHAMDI '06 sebagai salah satu program yang telah disertai oleh perantis sepenuhnya, sebagai sebahagian daripada aktiviti yang telah dijadualkan?? Saya dimaklumkan 44 orang daripada perantis telah hadiri SHAMDI '06 - 30 daripadanya ditaja oleh SHAMDI! Barisan penceramah SHAMDI '06 bukan calang-calang orang.

Saya amat berharap perantis mendapat ilmu, pencerahan dan keyakinan baru untuk turut mendalami skop hak asasi manusia khususnya dari konteks Islam. Malah tambah berminat untuk mencadangkan silibus tarbiyah atau mengambil kelas-kelas berkaitannya di IPT.

Saya berpendapat semangat perjuangan yang kental dengan jiwa yang besar dan sikap kepedulian yang tinggi dapat dibangunkan dalam diri setiap perantis atau setiap anak muda kita apabila mereka mengetahui kaitannya hak asasi dengan tuntutan syarak. Dan apabila mereka menyedari sabda Nabi dalam khutbah hajjatul wida'. Begitu juga apabila mereka terdedah dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh imam-imam besar seperti Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafi'i dalam menegakkan hak dan kebenaran.

Selalunya penafian hak berlaku kepada golongan marhaen, golongan tertindas dan minoriti. Kerana suara mereka kecil atau rendah atau selalu disangka buruk, maka hak mereka sering diketepikan. Inilah dia rakyat biasa dan siapalah kita, pejuang Islam dan gerakan Islam yang mementingkan keadilan, kebenaran dan pengislahan jika kita tidak sama-sama mengambilkira suara-suara rakyat ini. Allah dan Rasul membawa rahmat kepada sekelian alam.

Syed Ibrahim Alhabshi
Timbalan Presiden

0 Comments:

Post a Comment

<< Home