tahniahMISI06

Wednesday, July 12, 2006

Coretan Penghargaan Penghulu MISI 2006

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Syukur pada yang Esa, Allah Rabbul Jalil, kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita merasai nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wa sallam, kita jadikan beliau contoh tauladan hidup.

Selesai sudah penjelahan, pengembaraan, penerokaan di alam MISI ’06 atau Mukhayyam Intensif Siswa-Siswi Islah di Desa Saujana, Bangi untuk tempoh hampir sebulan bermula 3 Jun hingga 30 Jun 2006. Seramai 15 ikhwah dan 35 akhwat datang dari seluruh Malaysia berjaya mendapatkan ijazah mereka di MISI. Kesungguhan yang ditunjukkan bukanlah semata mengharapkan sijil ataupun graduasi dari MISI bahkan meresap di dalam sanubari peserta semangat yang berkobar-kobar untuk meneruskan agenda ummah yang seharusnya dipikul bersama penggerak perubahan yang lain.

Tenaga pengajar dan penyampai risalah dan modul pula terdiri daripada pelbagai latarbelakang profesion. Terima kasih diucapkan kepada mereka sekalian yang bermu’ayasyah bersama peserta MISI di samping menyampaikan ilmu bermanfaat. Komitmen mereka mengajar peserta memahami asas dalam membina kehidupan sebagai seorang khalifah juga seorang penggerak arus perubahan ummah di masa akan datang.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang sama-sama menjayakan misi agung ummah ini walau dalam keadaan kesempitan masa dan ruang yang ada. Sesungguhnya kami peserta MISI ’06 amat bertuah kerana sempat menerima tarbiyah MISI. Seterusnya akan disusuli tugas-tugas besar bagi kami di lapangan umum sana. Moga kita semua dirahmati dan sentiasa di dalam keredhaan Allah Subhanahu wa Taala.

Sekian, wassalam.

Salam dari MISI 2006.

Mohammad Fauzan Md Ibrahim
Penghulu MISI 2006
Desa Saujana, Sungai Merab Dalam, kajang Selangor Darul Ehsan.
3-30 Jun 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home